Makalah Pendidikan dan Pengajaran Agama Islam
BAB I
PENDAHULUAN
A. Latar Belakang
Pengajaran dan pembelajaran itu akan lebih berkesan jika pendidik melaksanakan metod-metod pengajaran kearah keberkesanan dalam bidang pengajaran. Begitu juga peserta didik memperolehi jika mencapai objektif pembelajaran itu maka sesuatu pengajaran itu boleh dianggab berkesan. Maka dalam essei ini akan menghuraikan lebih lanjut tentang tajuk yang menjurus kepada keberkesanan dalam pendidikan Islam.
Meskipun pengajaran dan pembelajaran itu saling berkait rapat tetapi dalam essei ini, akan di bahagikan kepada dua bahagian iaitu Pengajaran dalam pendidikan Islam secara berkesan dan Pembelajaran dalam pendidikan Islam secara berkesan. Tujuannya supaya dapat memperjelaskan dan dapat lebih difahami berkenaan tajuk dalam essei ini.
Mengikut pengalaman penulis, apakah selama pengalaman mengajar telah melaksanakan kaedah atau metod pengajaran dan pembelajaran yang berkesan? Apakah pendidikan Islam yang diajarkan di sekolah ugama bersumberkan kaedah junjungan nabi kita? Apakah pengajaran dan pembelajaran di KUPU SB masa ini menjalankan metod pengajaran dan pembelajaran yang berkesan? Maka jawapan pada persoalan tadi akan diberi gambaran dan huraian dalam essei ini nanti.
Di awal essei ini akan menyentuh tentang definisi pengajaran dan pembelajaran terlebih dahulu dan seterusnya metod-metod pengajaran yang dilaksanakan di zaman Rasullullah, metod pengajaran dalam pendidikan Islam bagi gambaran induktif dan seterusnya penjelasan deduktifnya mengenai matlamat-matlamat pengajaran yang berkesan. Manakala pada pertengahan pula menjurus kepada perinsip ciri pembelajaran yang berkesan sebagai penjelasan induktif dan pelaksanaan pembelajaran yang berkesan sebagai deduktifnya
B. Rumusan Masalah
1. Apa yang dimaksud dengan pengajaran dan pembelajaran agama Islam ?
2. Apa fungsi pendidikan dan pengajaran agama Islam ?
3. Apa tujuan pendidikan dan pengajaran agama Islam ?
4. Apa prinsip – prinsip pendidikan dan pengajaran agama Islam ?
5. Apa ciri – ciri pendidikan dan pengajaran agama Islam ?
C. Tujuan Penulisan
Setelah mempelajari makalah ini, mahasiswa mampu mengetahui definisi dari pendidikan dan pengajaran agama Islam, fungsi, tujuan, ciri – ciri dan prinsip – prinsip pendidikan dan pengajaran agama Islam dan dapat mengimplementasikan dalam kehidupan sehari – hari kepada peserta didik.
Makalah Pendidikan dan Pengajaran Agama Islam